Wednesday, May 6, 2009

Halal dan Haram

Orang2 yg terlalu jumud dlm fatwa

Ada sekelompok manusia yg suka menyalahkan org lain apabila mereka mengerjakan sesuatu. Perkataan "haram" sangat dekat dgn mulut atau pena mereka tanpa memperhatikan implikasi buruknya dan tanpa mengemukakan dalil2 yg lengkap dari nas syarak dan kaedah2nya.

Bagi mereka perempuan bekerja,menyanyi,muzik,drama,televisyen,wayang,membuat gambar semuanya adalah haram.Kehidupan hari ini semuanya serba haram.

Al-Quran,sunnah dan salafus solah telah mengingatkan kita supaya tidak mudah menggunakan perkataan haram melainkan jika mengetahui hukum haramnya dgn pasti daripada Allah dan RasulNYA S.A.W

Allah berfirman yg bermaksud"
"Katakanlah:'Terangkanlah kpdku ttg rezeki yg diturunkan Allah kpdmu,lalu kamu jadikan sebahagiannya haram dan sebahagiannya halal.'katakanlah:'Apakah Allah telah memberikan izin kpdmu ttg ini atau kamu mengada2kan shj terhadap Allah?"
(YUNUS:59)
Firman Allah lagi yg bermaksud:
"Dan jgnlah kamu mengatakan terhadap apa yg disebut2 oleh lidahmu secara dusta"ini halal dan ini haram",untuk mengada2kan kebohongan terhadap Allah.Sesungguhnya org2 yg mengada2kan kebohongan terhadap Allah tidak beruntung."
(An-Nahl:116)
Al-imam Malik berkata:
"Bukanlah urusan manusia dan urusan para salaf dahulu yg menjadi ikutan dan sandaran untuk mengatakan,"ini halal atau ini haram',tetapi hendaklah mengatakan saya suka yg begini atau saya tidak suka begini,mengatakan halal dan haram bermakna mengada2kan sesuatu terhadap Allah.

Halal itu adalah apa2 sahaja yg dihalalkan oleh Allah dan RasulNYA dan haram itu pula apa2 yg diharamkan oleh Allah dan RasulNYA
sekian.

aku merayu padaMU Ya Allah

Ya tuhanku....
Dalam sayu ini
Ku masih merayu
Kiranya KAU hulurkan sisa simpati
Untuk hatiku yang masih mengharap

Ya Tuhan,ku pinta segalanya terlerai
Walaupun ku tidak pasti
Apakah dosaku masih membara
Dilautan derhakaku terus berombak
Menghempas taubatku yang kian retak

Oh Tuhan!Ampunilah aku
Sudilah kiranya KAU hujani kembali
Jiwaku yang masih kelayuan ini
Tuhan,sambungkanlah cintaku yang terputus

Dengan cintaMU yang Maha Kudus
Dalam sayu ku masih merayu
Agar kasihMU hadir dihatiku
Dalam piluku masih merayu

Biarlah dosa-dosa nan lalu
Terkubur dilipatan kenangan
Ku merayu dan terus merayu
Hanya padaMU
Kupohon petunjuk dariMU
Buat menuju jalan yang satu
Ya Allah...................................

Monday, May 4, 2009

satu kisah

Adalah diceritakan bahawa pada zaman dahulu org ramai dapat meliaht syaitan.Pada suatu ketika seorg telah berkata kpd syaitan,"Beritahulah kpd saya cara untuk menjadi seperti kamu." Jawab syaitan,bahawa dia belum pernah menemui seorg manusia pun yg mengemukakan permintaan seperti itu."Mengapa kamu memerlukannya?"Orang itu menjawap ,"Hati aku yg berkeinginan sangat."Syaitan terus menjawap,"Hendaklah kamu melengah-lengahkan solat dan banyakkan bersumpah dan jgn kamu hiraukan samaada sumpah itu untuk sesuatu yg benar atau salah."Orang itu pun berkata,"Saya berjanji kpd Allah Subhanahu Wata'ala bahawa sekali-kali saya tidak akan melengahkan solat dan tidak akan bersumpah."Kemudian syaitan berkata," sesungguhnya aku tidak pernah ditipu selain daripada kamu,kini aku berjanji bahawa aku tidak akan memberi nasihat kpd manusia lagi..."

padan muka makhluk laknat tu kan!!!!!!!!!!
Kisah dua org anak yatim yg harta simpanan untuk mereka berdua ialah satu papan tulis daripada emas yg tertulis 7baris ayat yg bererti,

1. Aku hairan terhadap sikap org yg mengetahui bahawa adanya maut tapi dia masih berketawa.
2. Aku hairan terhadap sikap org yg mengetahui dunia ini akan binasa tetapi dia masih terpesona dgn dunia ini.
3. Aku hairan terhadap sikap org yg mnegetahui bahawa segala-galanya berlaku mengikut ketetapan Allah tetapi masih berdukacita diatas kehilangan sesuatu.
4. Aku hairan terhadap sikap org yg yakin bahwa dia akan dihisab di akhirat nanti tetapi dia masih sibuk mengumpul harta kekayaan.
5. Aku hairan terhadap sikap org yg mengetahui bahawa adanya api neraka tetapi dia masih melakukan maksiat.
6. Aku hairan terhadap sikap org yg kenal Allah tetapi dia masih mengingati selain dariNYA
7. Aku hairan terhadap sikap org yg mengetahui adanya syurga tetapi masih mencari keseronokan dgn kemewahan dunia.

sedikit tambahan:"Aku hairan terhadap sikap org yg menganggap syaitan itu sebagai musuh tetapi masih mentaatinya"

fadhilat zikir

Ayat 1......

Fazkuru ni.....azkurkum washkuruli wala takfurun(152)

"Maka oleh itu,ingatlah kamu kpdKU(dgn mematuhi hukum dan undang2KU)supaya AKU membalas kamu dgn kebaikan dan bersyukurlah kamu kpdKU dan jgnlah kamu mengkufuri nikmatKU(Al-Baqarah:152)

Ayat 2......

Innama yuridussyaitonu ai yuqi'a bainakumul 'ada..watawal baghdo......afilkhomri walmaisiri wayusoddukum 'anzikrillahi wa'anissolat,fahal antum muntahun(91)

"Sesungguhnya syaitan itu hanya bertujuan manu menimbulkan permusuhan dan kebencian antara kamu dgn sebab arak dan judi dan mahu memalingkan kamu dari mengingati Allah dan daripada mengerjakan solat.oleh itu mahukah kamu berhenti?"
(Al-Maidah:91)

Ayat 3......

"Wad 'uhumukhlisinalahuddin"

"Dan beribadatlah dgn mengikhlaskan amal agama kamu kdpNYA semata2(Al-A'raf29)

Hadis2 mengenai zikir

Innallah hala..yaghfiru aiyushrikabihi..wayaghfiru ma..du..naza..lika limaiyasya......,
"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa org yg mempersekutukan sesuatu dgnNYA dan DIA mengampuni dosa yg selain dari syirik itu bagi sesiapa yg dikehendakiNYA"
(An-Nisa':116)

Wala yu'azzannakum billah hilghurur(33)
"Dan janganlah kamu diperdayakan oleh bisikan dan ajakan syaitan yg menyebabkan kamu berani melanggar perintah Allah"(Luqman:33)